KLIA Kejutkan Dunia! Berjaya Tersenarai Antara 10 Lapangan Terbang Terbaik dengan Skor Hampir Sempurna

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekali lagi membanggakan Malaysia apabila tersenarai dalam 10 lapangan terbang terbaik dunia berdasarkan penilaian Airport Service Quality (ASQ) 2024 oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI).

Kejayaan ini bukan calang-calang kerana KLIA memperoleh skor hampir sempurna, iaitu 4.99 daripada 5, membuktikan bahawa perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan berada pada tahap kelas dunia.

Menurut Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), pengiktirafan ini mencerminkan usaha berterusan dalam memastikan pengalaman penumpang sentiasa terbaik. KLIA bukan sahaja menawarkan perkhidmatan yang cekap, malah aspek kebersihan, kemudahan, dan keselamatan juga menjadi faktor utama kejayaannya.

Program ASQ ini merupakan sistem penilaian global yang menilai tahap kepuasan penumpang terhadap perkhidmatan lapangan terbang. Dengan kejayaan ini, KLIA terus mengukuhkan reputasinya sebagai salah satu lapangan terbang terbaik dunia, setanding dengan hab penerbangan utama lain seperti di Eropah dan Asia.

Baca Juga  Malaysia Terima Tren ETS Baharu dari China! Perkhidmatan Bakal Diperluas ke Johor Bahru?

Pencapaian ini juga dilihat sebagai satu lonjakan positif kepada industri pelancongan dan ekonomi Malaysia, yang pastinya akan menarik lebih ramai pelawat antarabangsa ke negara ini.

MAHB turut mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus memastikan KLIA kekal relevan dan mampu bersaing di peringkat global. Dengan komitmen yang tinggi, tidak mustahil KLIA akan terus mendominasi carta lapangan terbang terbaik dunia pada masa akan datang.

Artikel ini dipetik dan diolah dari Siakap Keli.

 

scroll to top