Bintang muda yang sedang meningkat naik, Aisha Retno, tampil menyatakan sokongan penuh terhadap usaha rakan-rakan artis seangkatannya yang kini giat menghasilkan lagu raya berkonsep Gen Z.
Menurut Aisha, generasi muda hari ini memerlukan sesuatu yang lebih segar dan berbeza untuk menyambut Hari Raya. Bagi beliau, usaha menghasilkan lagu raya versi Gen Z ini dilihat sebagai langkah tepat untuk menarik perhatian golongan muda agar lebih menghargai lagu-lagu tradisi dalam bentuk yang lebih kontemporari dan santai.
Aisha turut berpendapat bahawa tidak salah memberikan sentuhan moden dalam karya muzik raya, asalkan mesej dan semangat raya itu tetap sampai kepada pendengar.
Namun, mampukah lagu-lagu raya ‘ala Gen Z’ ini bersaing dengan lagu-lagu raya lama yang masih kekal malar segar sehingga ke hari ini? Atau hanya sekadar hype semusim sahaja?
Kita nantikan apakah trend lagu raya tahun ini benar-benar akan didominasi oleh rentak Gen Z atau sebaliknya!
Artikel ini dipetik dan diolah dari Astro Awani