Apa yang sepatutnya menjadi percutian keluarga bertukar tragedi pilu apabila seorang kanak-kanak warga Singapura maut dalam kemalangan ngeri selepas kereta dipandu bapanya dirempuh sebuah lori di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kluang, Johor.
Kejadian mengejutkan ini berlaku apabila lori yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas, terus melanggar kenderaan dinaiki keluarga terbabit. Mangsa yang berusia 12 tahun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius, manakala ahli keluarga yang lain cedera dan menerima rawatan lanjut di hospital berhampiran.
Kejadian ini mencetuskan perbualan hangat netizen, yang rata-rata menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa sambil mempertikaikan tahap keselamatan di jalan raya Malaysia, terutama melibatkan kenderaan berat.
Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian yang menyayat hati ini.
Sehingga bila tragedi seperti ini akan terus berulang? Apakah langkah seterusnya untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya, terutama di laluan yang menjadi tumpuan pelancong?
Artikel ini dipetik dan diolah dari Harian Metro