Siapa sangka, Kuching City FC kini tampil menunjukkan taring sebenar apabila berjaya mencipta kejutan besar dalam saingan Liga Super musim ini, sekali gus merancakkan lagi persaingan merebut kedudalan sebagai pasukan ketiga terbaik liga.
Pasukan dari Sarawak itu kini dilihat semakin konsisten dan mantap apabila berjaya meraih kemenangan penting yang meletakkan mereka semakin hampir dengan slot ke saingan Asia. Kebangkitan mengejut Kuching City ini nyata mencuri perhatian peminat bola sepak tanah air yang sebelum ini kurang memberi perhatian terhadap kelab tersebut.
Apa yang pasti, kehadiran Kuching City kini menambah ‘drama’ dalam Liga Super musim ini, apabila pasukan-pasukan besar lain kini terpaksa lebih berhati-hati jika tidak mahu dikecewakan oleh skuad yang semakin berbisa ini.
Adakah Kuching City mampu mencipta sejarah baharu dalam Liga Super kali ini, atau mereka sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’? Kita nantikan!
Artikel ini dipetik dan diolah dari Stadium Astro