Penyanyi berbakat besar, Ernie Zakri tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila bakal berkolaborasi dengan dua nama besar industri muzik, Dayang Nurfaizah dan Anggi Marito.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, Ernie meluahkan rasa terujanya kerana peluang bekerjasama dengan Dayang Nurfaizah, ikon vokal Malaysia, serta Anggi Marito, bintang muda dari Indonesia yang semakin mencipta nama di rantau ini.
Kolaborasi istimewa ini dijangka bakal menggoncang industri muzik tempatan dan serantau, sekaligus membuka ruang lebih besar buat Ernie Zakri untuk terus berkembang dan dikenali dalam arena antarabangsa.
Ramai peminat turut menzahirkan rasa teruja dengan berita ini, malah ada yang sudah tidak sabar menanti kemunculan karya terbaharu mereka. Persoalannya, adakah gabungan tiga suara hebat ini mampu mencipta magis luar biasa?
Apa pun, sama-sama kita tunggu karya gempak daripada trio vokal mantap ini!
Artikel ini dipetik dan diolah dari Astro Awani