Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan tindakan drastik pelabur asing yang menjual saham bernilai RM1.34 bilion dalam pasaran tempatan hanya dalam tempoh seming minggu lalu, mencetuskan persoalan besar mengenai keyakinan mereka terhadap ekonomi negara.
Berdasarkan data terbaru, ini merupakan minggu kelima berturut-turut pelabur asing bertindak menjual saham secara besar-besaran, membawa jumlah keseluruhan penjualan saham kini mencecah angka yang cukup membimbangkan.
Fenomena ini bukan sahaja menjejaskan sentimen pelaburan, malah mencetuskan kebimbangan pelabur tempatan yang mula gusar mengenai kestabilan pasaran saham Malaysia. Pakar ekonomi berpendapat, situasi ini boleh memberi kesan negatif jangka panjang jika kerajaan tidak segera bertindak memulihkan keyakinan pelabur.
Namun, apakah faktor utama yang menyebabkan pelabur asing tiba-tiba ‘lari’ dari pasaran Malaysia? Adakah ini petanda awal krisis ekonomi yang lebih serius bakal berlaku?
Kita tunggu langkah kerajaan seterusnya dalam menstabilkan semula situasi ini sebelum terlambat.
Artikel ini dipetik dan diolah dari Utusan Malaysia