Seorang penuntut wanita cedera parah selepas ditikam oleh rakan lelakinya sendiri dalam satu kejadian mengejutkan di sebuah universiti awam tempatan, baru-baru ini.
Dalam kejadian yang mencetuskan panik dalam kalangan pelajar itu, mangsa yang berusia 21 tahun dilaporkan mengalami kecederaan serius akibat tikaman di bahagian badan, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mereka.
Suspek, yang juga merupakan pelajar universiti sama, dilaporkan bertindak agresif selepas berlaku pertengkaran kecil antara mereka sebelum kejadian tragis itu berlaku.
Kejadian ini kini menjadi tular dan mencetuskan kebimbangan ramai mengenai tahap keselamatan pelajar di dalam kampus. Adakah faktor tekanan atau masalah peribadi yang mendorong suspek bertindak sebegini kejam?
Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar insiden ini.
Artikel ini dipetik dan diolah dari Harian Metro